function clickIE() {if (document.all) {(message);return false;}} function clickNS(e) {if (document.layers||(document.getElementById&&!document.all)) { if (e.which==2||e.which==3) {(message);return false;}}} if (document.layers) {document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);document.onmousedown=clickNS;} else{document.onmouseup=clickNS;document.oncontextmenu=clickIE;} document.oncontextmenu=new Function("return false") // --> DARI 'GARAJ' KE 'BUTIK'... « [JuanDanza] Kataku-Akalku-Pandanganku-AkademiFantasia
Feb 23, 2006
DARI 'GARAJ' KE 'BUTIK'...

Assalamualaikum...

Hai semua... Apa khabar agaknya korang semua? Tetiba pulak aku say hi ek.
Saja je menegur sapa. Bukan apa, aku menganggap bila aku tulis ni seperti aku bercakap depan korang. Terlebih dahulu, sebelum meneruskan penulisan pada hari ini, aku ingin sekali menegaskan bahawa apa yang ditulis memang untuk aku meluahkan apa yang aku rasa. Seandainya aku rasa suka, aku akan kata suka. Kalau aku rasa benci, aku akan kata benci. Buat apa nak simpan-simpan selagi aku puas hati, cukuplah. Aku rasa selama beberapa bulan ni aku terlalu banyak bersabar dengan kerenah segelintir manusia yang tak habis-habis nak bermusuh dan buat aku dan beberapa yang lain sakit hati. Banyak betul pahala diorang ni agaknya ek? Tak serik-serik gakanya. Tu la dia, buat baik salah buat jahat lagi la salah. Tapi nak buat macam mana, tak semuanya otak manusia tu macam manusia. Yang lebih teruk daripada haiwan pun ada kan. Lantaklah, anggap je la itu sekadar bahan tawa kepada kita semua. Untuk apa tunjuk kat orang lain yang dia tu bodoh dan takde adab kan?

www.garasithemovie.com

HILANG

Dimanakah cinta sejati
Yang memberi ketenangan hati
Sampai kapan ku harus menanti
Kau pergi dan mungkin takkan kembali

Dan aku menangis, dan aku terluka, Bila…
Dan aku menangis, dan aku terluka , Bila…
Engkau menghilang….

Kau pergi dariku, tinggalkanku
Lewati malam tanpa kasihmu
Ku rangkai kata, ku rangkai nada
Yang kuinginkan hanyalah cinta

Dan semua menghilang…..(3x)

Semua karena cinta kumenangis
Semua karena cinta kutertawa
Semua karena cinta, Semua karena cinta
Yang kau tinggalkan hanyalah luka

Dan semua menghilang (3x)

Depan poster Garasi dengan Julia...

Itulah dia bait-bait lirik lagu 'Hilang' dari Garasi. Sebenarnya, aku baru je menonton filem ini semalam kat GSC One Utama. AKu bersama-sama dengan officemate merangkap sepupu aku Akma pergi menonton. Tapi sebelum tu, aku sempat menjemput Julia Xfresh kat rumah dia di Bukit Jalil. Biasaklah, kami sekrang ni kan suka juga menonton filem dari seberang nih. Di sana kami sempat la jumpa dengan SM ngan Penulis Novel Sensasi. Kebetulan kami tengah lunch kat Burger King masa diorang datang. Sempatlah berborak lebih kurang mengenai perkara berbangkit, termasuklah pasal peminat yang mudah 'terasa' padahal orang tak sentuh pasal penyanyi pujaan mereka. Tapi biasalah, nak buat macam mana. Cakap yang baik salah, cakap yang tak baik pun salah. Pendek kata diorang aje yang betul.

'Garasi'

Well, selepas itu kami semua bergerak ke 'bioskop' untuk menontonnya. Filem ini mengisahkan anak muda yang menubuhkan band di Indonesia. Idea pembuatan fielm ini bermula dengan rasa kagum Mira Lesmana selaku Produser filem ini kepada pemuzik-pemuzik muda dalam mengekspresikan diri mereka. Ini kerana banyak anak-anak muda yang gemar dengan muzik. Namun kadang-kadang mereka mendapat tekanan daripada lingkungan luar yang tidak memahami apa itu muzik bagi mereka. Filem ini bukan hanya ditujukan bagi mereka yang dapat bermain muzik sahaja, tetapi untuk semua orang yang hidupnya dipengaruhi oleh muzik.

  

Gaia

 

Aga

 

Awan

Keinginan Gaia (Ayu Ratna), Aga (Fedi Nuril) dan Awan (Aries Budiman) hanya satu: hidup dengan bermain muzik.Mereka membentuk band bernama Garasi (yang bermaksud 'garaj') dengan bantuan daripada stor muzik D'Lawas iaitu tempat berkumpulnya para pencinta muzik sejati. Keunikan muzik mereka mendapat sambutan hangat.

   

Antara scene yang aku snap sendiri dalam 'bioskop'

Namun di luar kehidupan mereka dalam bermain muzik, masing-masing menyimpan rahsia dan perasaan-perasaan yang tidak secara jujur mereka ungkapkan. Di luar kematangan muzik mereka, mereka adalah anak-anak muda yang masih tercari-cari dalam menentukan jati diri mereka.Ketika populariti Garasi mulai memuncak, persahabatan mereka pun mendapat ujian. Perasaan cinta yang terpendam, persahabatan yang diwarnai salah faham, pertentangan dengan keluarga, dan gosip serta tuduhan daripada masyarakat sekitar, memaksa mereka untuk menerima siapa diri mereka dengan taruhan persahabatan dan muzik yang sangat mereka cintai.

Inikah namanya cinta...

Aku tak mahu banyak cerita pasal cerita ni sebab nanti korang dah tau jalan cerita kan. Sikit-sikit dah la. Cuma aku nak komen tentang kesan filem ini kepada diri aku serta masyarakat. Yang pertama, tentang isu anak luar nikah. Dalam filem ini, si Gaia merupakan anak luar nikah hasil hubungan sulit ibunya dengan seorang bekas pemuzik. Masalahnya tok nenek diorang pulak tak suka. Aku tak paham kenapa masyarakat selalu menyalahkan anak luar nikah. Kenapa mereka pulak yang kena hukum. Bukannya mereka mintak untuk dilahirkan. Ingatlah satu benda, taraf seseorang manusia di sisi Tuhan adalah keimanannya. Bukan status, fizikal, rupa, sifat dan sebagainya. Mana kita tau orang yang kita nampak tak elok tu kurang pahala ibadatnya. Itu antara manusia dengan Tuhan. Jangan sesenang je nak melabel orang itu dan ini. Apatah lagi melabel orang dengan nama tak elok seperti dajjal dan sebagainya...ooppsss!!!

d'Lawas

Pastu ada isu tentang dunia kewartawanan. Setelah si Aga menghalau seorang wartawan dan jurufotonya yang mengganggu mereka buat kerja, terbit dalam satu akhbar tabloid mengatakan si Gaia anak luar nikah. Habis satu Bandung tau tentang maruah si Gaia ni. Hmmm... Walaupun aku tak pernah tulis gosip yang keterlaluan macam tu, serba sedikit menginsafkan aku juga agar aku takkan pernah buat macam tu. Kadang-kadang wartawan ni memang ada yang melampau, namun di Malaysia ni jumlahnya teramat sedikit. Tapi dalam cerita ni menunjukkan wartawan tulis benda betul, cuma mengaibkan. Kat Malaysia ni pulak ada benda yang tak betul tapi dijadikan fakta juga oleh wartawan. Ala, kan aku pun pernah kena dulu dengan satu paper bersaiz kompak. Tak pasal-pasal aku kena tuduh padahal aku tak buat. Sama je la dengan satu laman web kelab peminat yang dok tuduh aku berselindung di sebalik nama. Mengalahkan wartawan betul mereka nih lagaknya. Yang best, ada seorang photographer tu dok kompang dia tau semua. Ayat paling best dari dia (mengikut cerita kengkawan)..."Juan tu saper?!!" Pinjam ayat Nila Kurnia jap - "Ada aku kesahhhh??????"

Apa ke halnya mamat nih...

Kemudian, isu peribadi menghancurkan muzik. Dalam filem ni ada menunjukkan apa sebabnya perpecahan dalam kumpulan seringkali terjadi. Secara terangnya ditunjukkan bahawa masalah peribadi mempengaruhi sesebuah kumpulan. Hancur muzik kerana sikap dan perangai kan. Kat Malaysia ni pun ada banyak. Aku baru je dapat satu cerita mengenai sebuah kumpulan popular di Malaysia yang baru sahaja kurang seorang ahli kumpulannya lantaran salah seorang daripada mereka sangat benci dengan yang terkeluar tu. Menurut sumber, selama ni orang ingat mamat ni baik, sopan dan tak sombong. Tak tahu pulak dia ni la penyebab yang seorang lagi tu dipulaukan. Yang lain macam tanak campur. Yang terkeluar ni sebenarnya berbakat. Bila buat lagu je mesti meletup. Buat lagu untuk orang je boom. Itu yang mamat sekor lagi ni marah sangat bila lagu ciptaannya tak laku. Mentang-mentang la yang terkeluar ni tak hensem sangat nak bandingkan dengan yang lelain tuh. Mamat tu pulak rasa diri dia la yang hensem, so peminat kumpulan tu kononnya minat sebab depa semua hensem. Adoi mak kelako la. Lagi sekali satu Malaya tertipu. Hahaha....

Gue nggak puas ati dengan elo!!!

Lagi satu sifat manusia, kebanyakkannya lelaki yang sanggup buang kawan kerana perempuan. Sanggup bergaduh kerana wanita. isk, aku memang anti betul dengan manusia macam nih. Kawan tetap kawanlah beb. Dalam filem ni menunjukkan bila si Aga dan Gaia mula dilamun cinta, si Awan seolah-olah tak dipedulikan. Kecik la hati orang tu. Tapi nasib baik semuanya settle cepat kan. Takdelah sentap lama-lama. So kepada lelaki di luar sana, bila dah ada awek tu bebawaklah rileks-rileks. Jangan sampai lupa member bai...

Tapi aku ingin sekali berada dalam situasi dalam filem ni. Tambahan lagi bila 'Pondok Muzik' tu terdapat mereka yang bermain gamelan. Adoi mak, bestnya! Aku memang mengimpikan untuk belajar main gamelan sejak dari dulu. Tapi aku dapat main pancaragam je masa sekolah dan kat UiTM Shah Alam dulu. Hmmm... Rindunya zaman tu. Ingat lagi masa tu aku main tenor saxsophone. Masa sekolah aku main trumpet ngan baritone. Lagu favourite masa sekolah ialah 'Haryati' dan 'Rindu Lukisan'. Masa kat UiTM dulu lagu favourite 'Madu Tiga' dengan 'Cindai' bestnya!!! Tapi sebelum aku mati, aku nak jugak sekali belajar main gamelan. Dah tua pun takpe. AKu sanggup. Kalau sesapa ada group gamelan tu, jangan lupa ajak aku ok...

   

Sedutan video klip 'Hanya Untukmu' OST Persona Non Grata

Sempat pose tak hengat...

Selepas habis menonton, ada la sedikit jamuan ringan. Tiba-tiba aku terperasan dengan skrin TV berhampiran situ ada tayang video klip lagu 'Hanya Untukmu' OST Persona Non Grata. Sempatlah aku snap beberapa gambar video klip tersebut. Ini hanyalah sekadar info, takde niat nak menumpang populariti. Bukannya dapat duit pun. Bukannya macam segelintir pihak yang sebenarnya ada udang di sebalik batu, hiks!

Kellas Julia pose depan butik Zang Toi

 

Ukur jangan tak ukur...

 

Rozi, Sam dan Julia...

Pilih kak...pilih kak... Banyak lagi kat dalam tu!

Selepas itu, aku sempat menemani Julia Xfresh ke Lot 10 untuk berjumpa dengan Sam Anuar, bekas editor fesyen di karangkraf di butik Zang Toi. Jangan marah, Untuk ABPBH05 nanti Julia akan memperagakan pakaian dari Zang Toi occay! Kellas akak kita seorang ni. Tapi tetap akan menutup auratnya dengan mengenakan tudung. Jangan tak tau, Julia satu-satunya finalis anugerah itu yang mengenakan tudung tau. So jangan kata wanita bertudung tak boleh nampak anggun dan elegan. Zang Toi tau, bukan calang-calang! Sam pun dengan baik hati untuk membantu Julia. Baik betul Sam ni. Bukan senang nak cari orang macam dia yang sanggup tolong itu dan ini.

 

Cantik tak?

 

Letak elok-elok macam ni kan cantik...

 

"Walaupun...!!!"

Aku dengan Rozi, staff Zang Toi

Aku pun sempat jugalah mengikuti proses pemilihan baju. Tapi tak bolehlah tunjuk, nanti tak suprise la kan. Cantik betul baju-baju kat Zang Toi ni. Tapi kalau teringin nak pakai baju-baju Zang Toi, jangan lupa bawak duit sekepuk tau. Karang telan air liur je. So tunggu je la nanti ye penampilan Julia Xfresh di malam ABPBH05 ok...


Posted at 10:39 am by juandanza

zai JB
July 3, 2009   05:00 PM PDT
 
hang bukan segak pun
buat segak 2 buat apa.....
aku benci la kat org yg suka buat segak..................
hang tak malu ka.............
gelinye...................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
alia
August 29, 2007   01:04 PM PDT
 
tak banYak...cUma mnT LiriK Lagu2 kaLian kRn sbntaR Lg w ngaDain pEnSi.daN bawaiN Lagu kaLian jD guest nYa....
thX
zaZha
August 5, 2007   12:54 PM PDT
 
heiiiiiiiii
Q cng bgt wkt Xan mangguNg dCla3
sumpEeeee....
keyEnnn abiiizzz...
Mao Fto ny agii dnk???
hoho...
Thx...
zitz
February 26, 2006   12:03 AM PST
 
haku silap...kekeke
kat sogo tuh brand bill keith ler..
zang toi tarak...
Juan Danza
February 25, 2006   11:40 AM PST
 
Yus, esok baru nak gerak gi Genting. Tak sabar ooo...
Yus
February 25, 2006   11:14 AM PST
 
bestlah fart button tu..ltak pegi ABP ke juan
Yus
February 24, 2006   02:01 PM PST
 
kalau masuk rumah orang..kalau tak suka sekali pun...hormatlah sikit
...walaupun ada kebebasan tapi janganlah melampau sangat
SEKADAR INGATAN....
*maria*
February 24, 2006   12:14 PM PST
 
merajuk lagi ke juan?
zitz
February 24, 2006   10:36 AM PST
 
juan,aku ler tuh yang dok telan air liur je bila tengok rekaan zang toi nih!hihihi...itu pun setakat tengok kat sogo jer,masuk butik zang toi tak pernah lagi & tak berani!!!duit tak sampai 5 keping,kredit card pun max boleh lepas RM100 jer...
ahh bila lah badanku nak merasa hasil rekaan zang toi ni...
J
February 24, 2006   09:40 AM PST
 
juan yg extremely POYO & sensitive tak bertempat...
J
February 24, 2006   09:39 AM PST
 
juan poyo kikikiki
Azwa
February 23, 2006   03:39 PM PST
 
Beshnyer Juan dah kembali...selalu dok merayau ke sini tapi hampa...sekali Juan update...tu dia noo...happy tengok posting Juan dah cam dulu..aal the best to u Juan.

p/s azwa suker nengok aksi amik gambar sampai tak hengat tu...hehehe
zai JB
February 23, 2006   02:36 PM PST
 
Juannn! suka juan dah letak balik ruang comment ni. dapatlah rakan / peminat memberikan kata2 semangat utk juan terus menulis.

teruskan perjuanganmu....

p/s - ngada tau juan memang suke posing tak hengat kan. nyway, sape berani posing cam gitu and post kat blog dier selain juann..kellesss...!
Fiza
February 23, 2006   02:34 PM PST
 
Assalamualaikum Juan....apa khabar? Harap Juan tetap sokong Mawi walaupun Juan bukan lagi ahli MFC. Buang yang keruh ambil yang jernih. Saya selalu lawat blog Juan ni. Tapi kadang-kadang rasa sedih jugak bila tak ada kesah Mawi. Ok Juan, semuga success selalu, Insya Allah.
Yus
February 23, 2006   02:25 PM PST
 
sabo jer lah juan....kesabaran akan membawa kita kepuncak kejayaan di masa depan...tapi kenalah usha juga bro..hehehehe
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


+ + + + + + +

Profile

 

Nama: Juan Danza
Umur: 27 Tahun
Tarikh Lahir: 02 Disember 1980
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Zodiak: Sagittarius
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Keturunan: Rawa dan Minangkabau
Asal: Pahang, Negeri Sembilan dan Perak
Asal Keturunan: Pagar Ruyung
Pekerjaan: Wartawan Hiburan
Hobi: Muzik, Karaoke dan memasak
Pendidikan: Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Koyan
(1987-1991)
Sekolah Kebangsaan Jelai 1 (FELDA)
(1991-1992)
Sekolah Menengah Victoria (Victoria Institution)
(1993-1996)
Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur (FELDA)
(1993-1996)
Sekolah Menengah Sains sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
(1996-1997)
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
(1998-1999)
Universiti Teknologi MARA, Kampus Dungun, Terengganu
(1999-2002)




BLOG JUANDANZA MENYOKONG 100% KEBEBASAN BERSUARA MELALUI PENULISAN BLOG. HIDUP BLOGGERS UNITED!!!

(...hanya pengecut sahaja yang berani mengutuk di sebalik nama samaran - Juan Danza)



Tag Board

   
Calendar

<< February 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28

Links





Qistina2

Best Malaysian Sites

Project:Maharani

Project:Maharani

>>> JUANDANZA <<<
>>> BLOG FAMILY <<<


AFITRI


ALIF


AMREEN


BLACKB


BURN


CAMARA


CARTOONJAWA


CHOTTO


CUTE


DEE


DEQCIKJER


DEWI


EJANN


GRRR


HANTU


HAIRI


HALY


IQRAM


IZ


JASE MARIO


JEL


JEZZ


KASH ED


KECEQUE


LEEZ


MIROSE


MONTOYA


MYRA


NINA


NURUL


PURPLE


QAZZAQ


RARARERA


RYNNE


SECRET WHITE


SPIDERX


STRATOVARIUS 7


SY LIA


TELO JAJA


TEPAK SIREH


TNI


VAMPIROO


WAHEEDA@NAJWA


ZACK R-RIJAL


ZEYHEY

JUANDANZA


BERITA BLOGDRIVE MENGENAI BLOG INI
1-TEKAN DI SINI

2-TEKAN DI SINI

JUAN DANZA HOTLINE
012-2454240
PERINGATAN: SILA HUBUNGI ATAU SMS JUAN DANZA UNTUK PERKARA-PERKARA PENTING SAHAJA. KEPADA YANG MENGHANTAR SMS, SILA SERTAKAN NAMA. TERIMA KASIH.

JUAN DANZA'S ADDRESS
D/A Juan Danza - Editor JomStar.com,
Locus Technology Sdn Bhd,
No 17-2, Jalan 3/76D,
Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur,
MALAYSIA

JUAN DANZA'S E-MAIL
juan.danza@gmail.com

JUAN DANZA'S FOTOPAGES
JuanDanza Fotopages

JUAN DANZA'S MYSPACE
JuanDanza Myspace

MY BELOVED "BLOGGERS UNITED"

:: Klubbkidd Blog ::
:: Ajami Blog ::
:: Vernon Kedit Blog ::
:: Sultan Muzaffar Blog ::
:: Afi Mogarus Blog ::
:: Budiey Blog ::
:: Fiebie Blog ::
:: Badrul After Six Blog::

:: Kevin Zahri Blog ::
:: Iqram Fotopages ::
:: Afdlin Shauki Blog ::
:: Nabil FC Blog ::
:: Mohariz Yaakup Blog ::
:: Elkapitan Blog ::

FAVOURITE BLOG

:: Wenkt Blog ::
:: Kash E.D. Blog ::
:: Nakaltitude Blog ::
:: Ejann @ E-jai Blog ::
:: Kayriel Blog ::
:: Tepak Sirih Blog ::
:: Rosman Positivo Blog ::
:: JawaMedoi Blog::
:: Malique Blog ::
:: Waiem Blog ::
:: Azlif FC Blog ::
:: Burn_acid Blog ::
:: Chotto Blog ::
:: Rynne Blog ::
:: Nizam Zakaria Blog ::

:: Senandung Semalam Blog ::
:: Iwanshu-Aswad Blog ::
:: Penabiru Blog ::
:: Hoipolloi Blog ::
:: Arenakita Blog ::
:: WSS79 Blog ::
:: Elf Blog ::
:: Gengsko Blog ::
:: T-merk Blog ::
:: Yesterdaey Blog ::
:: FaizNordin Blog ::
:: Midyrawk Blog ::
:: Altercronic Blog ::
:: Artyfeelhoneyme Blog ::
:: Dheqchik Blog ::
:: Sempoiizone Blog ::
:: Sumie Blog ::
:: Romzie Blog ::
:: RajaPelaut Blog ::
:: Eyzzros Blog ::
:: Kash E.D. Blog ::
:: Airpool Blog ::
:: Adam Mikael Blog ::

QUEENS' BLOG

:: Sherita Blog ::
:: Mimirinie Blog ::
:: CheDetz Blog ::
:: Leez Blog ::
:: Mirch Blog ::
:: Yasmin Ahmad Blog ::
:: Imah Lenggok Blog ::
:: Lealaurielle Blog ::
:: Mekla Blog ::
:: Ratu Sedut Blog ::

FAVOURITE WEBSITE


:: Raydcza Schaphyque Website ::


:: Premelodic Website ::


:: The Muffins Band ::

:: Amreen Cyber Website ::
:: Malaysia View TV ::
:: Ed Website ::
:: Bilut Website ::

PERHATIAN: Terapat beberapa masalah yang telah belaku menyebabkan banyak link hilang dalam blog ini. Jika ada sebarang masalah, sila e-mail dengan segera. Maaf atas kesulitan. Kepada pemilik-pemilik blog yang telah linkkan blog JuanDanza di blog mereka tetapi JuanDanza tidak linkkan pula blog mereka, sila tinggalkan pesanan di comments posting terbaru. Kerjasama antara kita semua amatlah diperlukan. Terima Kasih!

:: TARIKH PENTING ::

Birthday Ayahanda : 22 Julai
Birthday Bonda: 14 Jun
Birthday Diriku: 02 Disember
Birthday Fairuz Idzham: 16 Disember
Birthday Farah Izati: 15 Mac
Birthday Fakhrul Ihsan: 30 November
Birthday Ayein: 05 Januari
Birthday Azwady Yusof: 30 Mac
Birthday Shafrie: 14 Januari
Birthday Baim: 30 Januari
Birthday Asmawi: 25 Ogos

Birthday Britney Spears: 02 Disember (sama aku)


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

rss feed



Salmah - Get the Pink